Bersama Penganjur Seminar
COO, Yuan Azrul sedang bagi talk
Asalnya block time Ustaz (CEO KAB Gold ) & nak cerita pasal tajuk lain. Tapi, last minute Ustaz pulak kena bawa jemaah pergi Umrah. Walaupun Tiya yang anjurkan, aku kena la bantu juga. Kami pun sesama AJK AAA Empire. Aku try la tanya COO. Alhamdulillah dia sudi nak bagi talk pada 14 December tu. Katanya jangan tajuk yang susah-susah 😂
Alhamdulillah, ramai gak yang datang walaupun pada awalnya macam suspend je. Kedatangan melebihi registration. Dia orang ni suka walk-in. Mujur la makanan cukup. Aku boleh dikatakan awal gak la sampai tapi rupanya, si Faqeer lagi awal. Kami pun tolong la apa yang patut.
Ni "anak emas" aku, Basit yang tinggal di Melaka. Aku happy sangat dia datang. Walaupun ada lagi "anak emas" yang tinggal di Melaka tapi tak datang. Aku pun ada invite kawan-kawan yang tinggal di Melaka datang ke Seminar ni. Tapi, biasa la...kita tak boleh nak paksa orang datang walaupun ilmu yang nak diberi tu percuma. Makan minum pun diberi. Tidak mengapa, yang penting kita buat.
Ni Melati, staff KAB Gold. Kenapa dia peluk aku begitu? Sebab last dia 24 December.
Up lagi sekali gambar beramai-ramai 😊
Yeayyy...kalau lucky draw manual senang je kena tapi kalau yang pusing-pusing tu payah betul nak mengena
Husband pun dapat lucky draw. Yang lain-lain dapat lucky tu tak payah la aku ambik kan...hehe
Selain hadiah lucky draw Ada gak hadiah kuiz. Tahniah kepada semua yang dapat lucky draw.
Lepas seminar aku balik homestay. Aku booking homestay. Kebetulan esoknya birthday si bongsu. Duduk rumah 3 bilik tapi Kami bertiga je. Hari ini juga emak, kakak & anak buah aku balik dari Umrah. Adik aku yang ambik mereka di KLIA & malam tu sebelum balik Muar, mereka singgah homestay kenapa. Usai solat, terus bawa mereka pergi makan di restaurant Mohd Abdullah Chan. Maaf la tak ada gambar. Ajak tidur homestay mak tak mau.
Itu la kisah di sebalik Seminar Emas KAB Gold di Melaka. Terima kasih pada Tiya kerana sudi menganjurkan seminar. Terima kasih juga pada semua yang hadir. Lambat post kat blog. Kita macam throwback gak la ni 😄😄😄
Ikuti aku di platform lain di sini.
No comments:
Post a Comment