Saturday, September 28, 2024

Kenali Chop Barangan Perhiasan Anda

Dah bersawang dah blog aku ni. Lama betul tak update. Bila mood "M" melanda macam tu la. Bila time ada vitamin "R", tengah busy la pulak. Ini semua dunia 😄.


Ok la, hari ni aku nak tulis tentang "Kenali Chop Barang Perhiasan". Kita selalu beli barang perhiasan tapi pernah ke kita ambik tahu maksud chop pada barang perhiasan tersebut? Jadi, aku terpanggil untuk share.

Ni bukan tulisan aku yang original. Sahabat Emas aku juga yang buat. Aku cuma edit sikit-sikit je. Benda baik kita patut sebarkan, ye tak?


Ok, jom kita kenali nama-nama chop di barang perhiasan:


1️⃣ Emas 999/24K - Emas berketulenan penuh. Juga dipanggil sebagai emas 10 & emas kertas.


2️⃣ Emas 965 - Emas berketulenan 96.5%. Kebanyakan mutu emas sebegini adalah dari Thailand.


3️⃣ Emas 950/23k - Emas berketulenan 95%.


4️⃣ Emas 916/22k - Emas berketulenan 91.6%. Emas ini hanya popular di negara Asia & digunakan secara meluas di Malaysia, Singapura & Brunei.


5️⃣ Emas 875/21k - Emas berketulenan 87.5%. Boleh dikatakan hampir semua barang kemas negara timur tengah menggunakan mutu emas ini.


6️⃣ Emas 835/20k - Emas berketulenan 83.5%. Emas ini lebih keras dari 916. Ianya biasa di komersialkan untuk barangan batu permata.


7️⃣ Emas Paun - Emas berketulenan diantara 79% - 81%. Campuran utama adalah tembaga merah. Emas ini hanya ada di Malaysia tetapi sudah hampir 20 tahun ianya tidak dihasilkan.


8️⃣ Emas 750/18k/K18 - Emas berketulenan 75%. Emas ini terkenal di seluruh dunia. Di Malaysia ianya menjadi emas pilihan untuk menghasilkan barangan batu permata. Hampir semua barang kemas Italy mengunakan emas ini. Jika chop tersebut K18, bermakna barang tersebut dihasilkan di Jepun.


9️⃣ Emas 625/15k - Emas berketulenan 62.5%. Emas campuran ini tidak dihasilkan di Malaysia.


🔟 Emas 585/14k - Emas berketulenan 58.5%. Emas ini popular di Malaysia pada tahun 1995 hingga tahun 2003 untuk menghasilkan rantai kristal. Sekarang campuran ini dihasilkan jika ada tempahan khas barangan permata.


1️⃣1️⃣ Emas 12k - Emas berketulenan 50%. Ianya dihasilkan di Malaysia satu ketika dulu tetapi sekarang tidak dihasilkan lagi.


1️⃣2️⃣ Emas 375/9k - Emas berketulenan 37.5% ini dikenali sebagai Suasa.


1️⃣3️⃣ 925 / 950 / 996 - Perak (Silver).


1️⃣4️⃣ Pd - Palladium. Di Malaysia ada menghasilkan cincin lelaki dari jenis logam ini.


1️⃣5️⃣ PLAT / PT - Platinum. Harga platinum ini lebih mahal dari emas.


1️⃣6️⃣ CW - Carat Weight. Ianya merujuk kepada berat batu seperti batu berlian dll.


1️⃣7️⃣ CZ - Cubic Zirconia. Ia membawa maksud batu permata yang dipasang adalah batu buatan & bukan batu asli seperti berlian, zamrud dll.


1️⃣8️⃣ SS / steel / St steel - Stainless Steel.


1️⃣9️⃣ GF - Gold Filled. Ianya hanya la saduran emas tebal.


2️⃣0️⃣ GP / Gold Plated / ZZ / 18Z / JJ / 18KGP - Emas Palsu. Ianya adalah logam yang disadurkan dengan emas.


Note:

> GF berkemungkinan mempunyai kandungan emas yang sedikit. Contoh: jika dichop pada cincin (GF 1/20 12k) ia membawa maksud kandungan emas 12k hanya 5% dari berat keseluruhan cincin tersebut.


> Chop bertulisan cina bermaksud emas tersebut adalah emas lama. Ini kerana kilang-kilang emas di Malaysia sudah lama tidak mengunakan chop tersebut. Chop terkini adalah yang berunsurkan 3 digit.


Credit to Penulis Asal: Tuan Yuhailmy 


Semoga bermanfaat.


✨Ingat Emas Segalanya di KAB Gold ✨

Ingat Emas Ingat #sweetfarah


Ikuti saya di platform lain di linktree


#PembimbingEmasPalingSweet

#AmbilTahuJanganKeliru

#AuraEmas

#KABGold

No comments:

Post a Comment