Saturday, November 25, 2023

Jangan Buat Dosa Di Usia Senja

FUDHAIL BIN IYADH, seorang ulama besar memberi nasihat kepada seseorang yang telah mencapai umur 45, 55, 60 & 70 tahun: "Bererti kamu sekarang  berjalan menuju kepada Tuhanmu dan hampir sampai.L akukan yang terbaik pada sisa usia senjamu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus."


Maka, para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 45, 50, 60 & 70 tahun, iaitu:


1️⃣ JANGAN banyak BERGURAU dan TERJEBAK dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk akhirat.


2️⃣ JANGAN berlebihan dalam BERHIAS,  BERSOLEK dan BERPAKAIAN.


3️⃣ JANGAN berlebihan dalam MAKAN, MINUM dan BELANJA BARANG yang kurang diperlukan untuk mendukung amal soleh.


4️⃣ JANGAN BERKAWAN dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal kepada kita.


5️⃣ JANGAN banyak BERJALAN dan MELANCONG ke sana sini tanpa manfaat yang dapat mendekatkan diri pada kehidupan akhirat.


6️⃣ JANGAN GELISAH, BERKELUH KESAH, dan KESAL dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.


7️⃣ Perbanyakkan BERDOA dengan mengharap keredhaan Allah agar Husnul Khotimah (mati dalam kesudahan yang baik) dan dijauhkan dari Su'ul Khaotimah (mati yang tak baik).


8️⃣ Tambahkan ILMU AGAMA, perbanyakkan mengingati kematian dan bersiap menghadapinya.


9️⃣ Siapkan/tuliskan WASIAT yang berguna untuk kaum kerabatmu.


🔟 Kerap menjalin SILATULRAHIM dan mendekatkan hubungan yang sebelumnya renggang.


1️⃣1️⃣ MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.


1️⃣2️⃣ Tingkatkan AMAL SOLEH terutama amal yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.


1️⃣3️⃣ MAAFKAN kesalahan orang kepada  kita walau seberat manapun kesalahan itu.


1️⃣4️⃣ Selesaikan segala HUTANG yang ada dan jangan buat HUTANG BARU walaupun untuk menolong orang lain.


1️⃣5️⃣ BERHENTILAH dari melakuka. Semua MAKSIAT.


1️⃣6️⃣ MATA -  BERHENTILAH dari memandang yang tidak halal bagimu.


1️⃣7️⃣ TANGAN - BERHENTILAH dari meraih yang bukan hakmu.


1️⃣8️⃣ MULUT - BERHENTILAH makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu. BERHENTILAH dari ghibah (mengumpat), fitnah dan menyakiti hati orang lain.


1️⃣9️⃣ TELINGA - BERHENTILAH dari mendengar hal-hal haram dan tidak bermanfaat.


2️⃣0️⃣ BERBAIK SANGKALAH kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa diri.


2️⃣1️⃣ PENUHI terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua dan semua orang yang beriman.


2️⃣2️⃣ BANYAKKAN betsedekah dan sucikan harta dengan mengeluarkan zakat.


Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi kita semua dan semoga Allah lindungi kita dari segala musibah.


Bersabarlah buat mereka yang sedang diuji dengan kesudahan, kesakitan, kesedihan dan kelaparan.


Semoga Allah angkat segala ujian & musibah itu. Aamiin ya Rabbalalamin. 🤲


#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya

Tuesday, November 21, 2023

Cerita Pasal Rokok


Rokok ni la satu-satunya product yang gagal di boikot oleh orang Melayu/Islam walaupun rokok ini adalah product non-muslim, malah Majlis Fatwa Kebangsaan dengan jelas mengatakan ianya Haram bagi umat Islam.

Sembang kari je la kalau cakap pasal boikot rokok ni. Rokok yang haram tu pun korang sedut.

Aku nak kata anti orang yang hisap rokok ni tak juga tapi aku memang tak suka orang yang merokok sampai aku haramkan sesiapa saja merokok dalam rumah aku & kereta aku.

Paling aku anti, orang merokok dalam toilet. Tapi, dah rumah orang ataupun tandas awam, apa aku boleh buat. Kalau rumah aku memang aku tak benarkan walaupun alasan ko, ko tak boleh berak kalau tak merokok. Itu masalah ko. Ko pergi cari toilet lain. Ko kena la hormat peraturan dalam rumah aku.

Lagi satu, aku paling menyampah bila orang merokok kat kedai makan. Eeee, rasa nak sound je. Tak reti nak respect orang betul la. Rindu pulak dengan kerajaan dulu yang mengharamkan rokok di tempat makan. Sekarang ni pun ada je signboard "DILARANG MEROKOK" tapi dia orang tak peduli pun. Memang dasar orang yang merokok ni tak reti nak respect orang.

Eh! Ada lagi yang aku paling menyampah orang merokok ni bila mana dia hisap rokok depan baby & anak-anak dia yang masih kecil. Ni lagi la manusia tak ada otak & pentingkan diri sendiri.

Mungkin sebab aku dibesarkan dalam suasana yang bebas asap rokok. Arwah ayah aku tak merokok. Itu la sebabnya aku anti dengan rokok. Ditambah pulak itu bukan product Muslim & telah difatwakan haram. Memang sedap la aku belasah korang...hahaha. Husband & anak-anak hisap rokok/vape pun aku bising. Kalau dia orang masih nak hisap gak terpulang la. Aku dah cakap dah nasihat. 

Benda yang kalau orang nak kirim aku beli yang aku tak akan beli ialah rokok. Pernah dulu ada kawan aku (dah arwah pun dia), dia nak kirim aku beli rokok bila dia tahu aku nak keluar lunch. Aku jawab, "sorry, kirim lain boleh tapi bukan rokok".

Masa mengandung anak bongsu, aku langsung tak boleh bau asap rokok. Bau je nak muntah. Sampai la anak aku tu besar aku masih tetap nak muntah bila bau asap rokok. Cuma aku tak ingat sampai umur dia berapa tahun baru aku ok. Namun, hingga kini aku tetap akan jauhkan diri dari orang yang merokok. Sebab aku tak suka bau asap rokok. Busuk tau tak. Dah la boleh membawang kemudaratan.

Aku faham bukan mudah nak berhenti merokok. Bukan semua orang boleh buat macam husband aku buat, hari ni hisap rokok esok berhenti. 

Aku doakan mereka yang merokok ni akan berhenti juga satu hari nanti & semoga negara kita akan bebas dari asap rokok. Hilang satu product yahudi dari muka bumi Malaysia ni. Baru puas hati aku.

Kau solat kau puasa kau mengaji kau sedekah kau buat baik kau pergi haji kau pergi umrah, tapi kau masih merokok. Kau tak rasa berdosa ke? Kan merokok tu haram? Kenapa kau buat benda yang haram? Bertaubat la wahai manusia perokok. Jaga la kesihatan korang. Merokok itu bukan saja haram, malah is juga membahayakan kesihatan.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya
#jangankecam

Monday, November 13, 2023

Plan Mabrur

"Antara Umrah Yang Satu Dan Umrah Yang Lainnya, Itu Akan Menghapuskan Dosa Di Antara Keduanya. Dan Haji Yang Mabrur Tidak Ada Balasannya Melainkan Syurga". 
 [Hadis Riwayat Bukhari No. 1773 & Muslim No. 1349].

Korang dah ada Akaun Tabung Haji? Korang ada niat nak pergi menunaikan Haji & Umrah? Haishhh....mesti la ada kan? Setiap orang Islam semua ada niat itu.

Plan Mabrur akan merealisasikan impian korang untuk menyempurnakan Rukun Islam yang ke-5.


Kenapa korang tak ambik Plan Mabrur ni kalau korang dah ada akaun Tabung Haji? Rugi tau. Plan Mabrur ni sangat bagus. 

Korang tau tak yang Mabrur ni dipilih sebagai product terbaik pada majlis penganugerahan Kajian Pengguna Inovasi Produk 2014/2015? 


Banyak manfaat kalau korang ambik Plan Mabrur ni. Aku dah pun merasai manfaatnya. Aku pergi umrah, dapat elaun umrah RM1000. Aku dapat duit tu, aku tak guna pun tapi aku simpan semula dalam Tabung Haji. Setiap tahun, aku akan dapat simpanan tambahan ke dalam akaun Tabung Haji aku. Walaupun potongan gaji aku masuk ke Tabung Haji tu kecil jumlahnya tapi sebab adanya Plan Mabrur ni, simpanan aku jadi banyak. Alhamdulillah. Aku tunggu manfaat lain pulak. 


Antara manfaat Plan Mabrur ini ialah:

1. Jumlah bayaran tunai sehingga 123% daripada jumlah asas yang dilindungi yang dibayar terus ke dalam akaun Tabung Haji bermula dari akhir tahun ke-sijil

2. Manfaat comprehensive Badal Haji (RM3000) & Ihsar (RM1000).

3. Tambahan 100% daripada jumlah asas yang dilindungi jika berlaku kematian akibat kemalangan ketika menunaikan haji atau umrah di Mekah atau Madinah.

4. Elaun Haji, Umrah & Penjagaan Anak. (RM1000)

5. Perlindungan tambahan rider untuk diri sendiri & orang yang dilindungi.

6. Khairat kematian sebanyak RM1000.


Ada orang ambik Plan ni untuk diri sendiri. Ada yang ambilkan untuk anak-anak sebab katanya untuk diri sendiri macam tak tak relevan. Ada juga yang ambilkan untuk cucu-cucu mereka. Tak kisah la siapa pun nak ambikkan untuk siapa. Yang penting ambik. Serious, plan ni memang bagus & terbaik.



Aku suka Plan Mabrur ni sebab saving dia tinggi. Haaa....korang yang sibuk nak saving banyak bila mencarum dengan Takaful, Plan Mabrur ni sesuai sangat untuk korang. 

Korang kena apply Plan ni sekarang sebelum berakhirnya tahun 2023 kerana aku ada hadiah special untuk korang yang apply Plan ni yang diluluskan sebelum 31/12/2023.

Untuk pertanyaan lanjut, click sini 

Kami dah mempersiapkan keperluan rohaniah korang. Tinggal korang je nak tekan button 😊

#riskandfinancialadvisor
#agenttakafulpalingsweet
#planmabrur
#hajidanumrah

Sunday, November 12, 2023

Convocation Baby @ My Daughter

Tanggal 6 November 2023 (Isnin) merupakan hari istimewa anak perempuan aku. Bertempat di Dewan Tun Abdul Razak & Dewan Merdeka PWTC, berlangsungnya majlis convocation UniKL yang ke-20.


Alhamdulillah, sekian lama dia menunggu, kini dia dah grad. Kesian dia, masa Diploma tak ada convo ceremony. Kecewa dia. Sejurus dia habis belajar, negara dilanda covid. Masa dia sambung degree pun kelas semua online. Aku pujuk dia, "tak apa la, tunggu convo degree je nanti". Dia kata tak sama. Dia nak rasa convo masa Diploma. KPTM ni pun, kenapa tak buat convo. Kolej & university lain semua buat walaupun dah terlewat. 

Nama anak aku sebenarnya, Saidatul Fiqah. Dari kecil memang kami panggil dia baby. Yang bongsu kan. Memang confident dia yang bongsu. 😄😄


Ibubapa mana yang tak bangga melihat kejayaan anaknya. Kini, aku berdoa agar dia memperoleh kerjaya yang diberkati & diredhai seterusnya diberikan jodoh yang baik. Semoga hasrat dia untuk sambung belajar juga akan terlaksana.


Tahniah! Baby. Moga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan masa kerja nanti. Semoga menjadi insan yang berguna di masa hadapan untuk agama, bangsa & negara.


Bila duduk barisan hadapan, memang payah untuk ambik gambar & video. Kami dapat duduk di barisan hadapan kerana husband aku OKU.


Kawan aku ni, anaknya sama course dengan anak aku. Jadi, kami bergambar la untuk kenangan.

Sekian, coretan aku. Terima kasih kerana sudi baca 😍

Note: masa anak 1st & 2nd grad aku tak menulis di blog sebab masa tu kurang aktif menulis.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya