Monday, July 11, 2022

Kena Paksa

Nak buat benda baik ni memang kita kena paksa diri kita. Sapa setuju?

Nak menuntut ilmu kena paksa.
Nak bangun buat solat malam kena paksa.
Nak mengaji kena paksa.
Nak pergi masjid kena paksa.
Nak puasa sunat kena paksa.
Nak menyimpan kena paksa.
....dan banyak lagi perkara-perkara baik yang kita nak buat memang kita kena paksa. 

Kalau ada yang rasa dirinya tak perlu dipaksa untuk buat baik...bohong je tu...sebab pada awalnya kita memang kena paksa...lepas tu baru la "alah bisa tegal biasa". 

Ingat tak masa korang kecik-kecik dulu? Kena paksa solat oleh mak ayah korang kan? Sekarang ni kalau nak solat malam pulak kita kena paksa diri kita. 

Nak datang ke majlis ilmu lagi la kena paksa tambah-tambah ilmu tu bukan ilmu yang wajib yang ada exam & korang wajib lulus exam tu. Kalau tak dipaksa memang beribu alasan yang diberi.

Aku sendiri pun paksa diri aku untuk menimba ilmu dalam bidang agama, kewangan, perniagaan dsb. Aku nak menyimpan pun kena paksa tau. Sapa yang paksa? Diri aku sendiri.

Ajommm kita belajar ilmu emas hari Rabu ni...🥰


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya




Saturday, June 18, 2022

Ilmu Percuma vs Ilmu Berbayar

Apa beza ilmu percuma dengan ilmu Berbayar?

Ilmu percuma ni kebiasaannya orang tak hargai. Orang buat endah tak endah. Tak committed. Tak ada displin. Apa lagi? 

Berbanding dengan ilmu berbayar. Pasti orang akan hargai. Focus betul-betul waktu belajar. Committed. Berdisplin. Dan, korang akan berusaha untuk praktikkan dia.

Tak caya korang cuba attend kursus ni. Buat masa ni aku ada peluang untuk korang pergi kursus berbayar untuk Digital Marketing yang dikendalikan oleh IKSB Sdn Bhd & Irfan Khairi sendiri yang akan  mengajar. Secara fizikal lak tu.

Confirm lepas attend kursus ni korang akan pandai buat Digital Marketing sendiri. Lepas belajar korang akan duduk dalam WhatsApp group. Apa yang tak faham lagi korang boleh tanya. Daftar cepat. Jangan nak percuma je. Sesekali tu pergi cari ilmu yang berbayar jugak. Baru korang tau feel dia macamana. Semua nak orang payung mana boleh.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Jom Naik Pengangkutan Awam

Baru-baru ni kan PM kita ada mengumumkan yang perkhidmatan pengangkutan Awam yang dikendalikan RapidKL iaitu Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Bas (BRT), Monorel & Bas RapidKL ditawarkan secara PERCUMA kepada Keluarga Malaysia selama sebulan mulai 16 Jun 2022.


Ok boleh cuba ni. Aku tak pernah lagi naik MRT, BRT, monorel & bas RapidKL. Pernah naik LRT je. Itu pun jarang naik. Kadang tu teraba-raba gak lagi.

Disebabkan ianya percuma mungkin aku boleh cuba ni. Bukan nak pergi memana pun tapi sekadar nak rasa 😂😂😂

Kesian sungguh la. Korang jangan gelak ok. 

#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya 

Monday, June 6, 2022

Selagi BN Memerintah Selagi Tu La Barang Naik

Selagi BN Memerintah Selagi Tu La Barang Naik? 

Alahai...sempit betul pemikiran korang ni. Tak kira la sapa perintah pun, barang tetap akan naik harga. Kau ingat harga 20 tahun dulu boleh tetap sama dengan harga sekarang? Aku nak tengok kalau kau perintah harga barang turun ke naik? Cakap tu guna la otak sikit. Jangan ikutkan sangat marah tu. Kau tau tak apa itu inflasi? Kalau tak tau pergi belajar. Ni bukan marah tau tapi nasihat.

Boleh tak dalam kehidupan ni kita kurangkan complaint dan jangan suka menyalahkan atau cari salah orang lain? Tak ada manusia yang sempurna. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Friday, June 3, 2022

Apa cerita????

Itu la aku ni.....berangan je kan....dari dulu buat blog....mula-mula memang laju je update. Dah lama tu slow & makin slow....hahaha. Tengok, bulan May langsung tak ada update. This is not nice.

Biasa la....puasa....lepas tu raya....lepas tu mood rajin....banyak nak dicelotehkan sebenarnya tapi tak berkesempatan. 

Busy means good....depa kata la. Apa yang good aku pun tak tau. Good la sebab masyukkkk. Tak juga. Business tetap maintain. Pada aku good tu sebab kita tak ada la nak buat benda tak berjadah seperti membawang ke kan? Oppssss....

Aku harap korang semua berada dalam keadaan yang sihat, happy, bertenaga, positive, banyak rezeki masuk. Semoga korang semua akan terus kaya & berjaya dunia akhirat. Kita doa yang baik-baik maka baik la yang datang baik la yang kita dapat.

Hmmmm...nak share gambar raya ke tak ek? Tengok la kalau macamana nanti.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Wednesday, April 20, 2022

Duit KWSP

Beberapa hari ni kecoh orang cakap pasal duit kwsp. Yang tak ada KWSP boleh dengar je la. Rugi kan tak ada KWSP?

Bagi yang dah dapat KWSP tu berbelanja la dengan berhemah. Belanja ikut keperluan bukan kemahuan. Duit ni kalau tak dipaksa simpan memang akan habis.

Alasan kononnya berbelanja ikut keperluan. Hakikatnya ramai yang belanja ikut kemahuan. Ada je benda nak dibeli. Sebab duit tengah banyak. Kalau tak ada duit ok je pulak tu.

Apa kata korang ambik 50% daripada duit KWSP yang korang dah keluarkan tu untuk beli emas. Lepas beberapa bulan korang tengok sendiri, duit tahan lama ke emas yang tahan lama? 

Jeng...jeng...jeng.

Aku ni tak la pandai sangat pasal ilmu emas tapi kalau nak mengajar korang one to one tu boleh la. Aku tak mintak upah pun. Untuk kebaikan korang gak. Bagi ilmu secara percuma kan ke besar pahala tu. 

Meh pm aku sekarang nak belas emas KAB Gold pun boleh, Quantum Metal pun boleh.


#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya



Saturday, April 9, 2022

Virtual Shop

Aku memang dah lama berimpian nak buka kedai sendiri....kedai fizikal ye bukan kedai maya. Kedai maya dah lama buka kat Facebook & Instagram. Lepas tu masa PKP tu aku buka kedai kat Shopee pulak. Aku berterima kasih pada Coach Zul sebab mengajar aku macamana nak meniaga & buka kedai di Shopee. Banyak aku belajar dari dia & dia sangat membantu. 

Yang terbaru ni aku buka kedai kat Telegram pulak. Carousell pun baru nak cuba-cuba. Ye la bukan semua orang ada account Shopee dan bukan semua suka membeli di Shopee. Ajom la korang support kedai kecil aku kat Telegram ye! Selagi ada platform menjual aku guna je sebab belum mampu lagi nak ada kedai fizikal ni. Kat Aeon & Malakat pun aku ada join. Tapi, walaupun dah ada kedai fizikal nanti... virtual shop tetap kena maintain sebab sekarang dunia dah berubah. Sekarang dunia hybrid. 🤩


Kalau aku ada kedai fizikal nanti, selain dari product aku sendiri, aku nak masukkan juga semua product dari DiG Circle Founding Member diikuti product dikalangan mereka yang sentiasa support aku. 

Dulu aku pernah buka spa. Mampu bertahan 3 tahun je. Ilmu tak cukup lagi masa tu. Lepas tutup tu aku sambung buat service dari rumah ke rumah sampai la sekarang. Disebabkan kegagalan tu aku lebih berhati-hati. Kena tengok banyak sudut & kena fikir seribu kali sebelum nak buka kedai lagi.

Doakan semoga segala apa yang aku hajati tercapai. Semoga segala yang aku cita-citakan akan tercapai. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Semoga semua sudi follow virtual shop aku.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya