Sunday, December 24, 2023

Tunggu gaji masuk baru boleh jalan-jalan?

Ramai yang bitter dengan tweet ni.

Jika dipandang dari sudut negative, maka negative la jadinya & korang akan cakap dia berlagak. Silap haribulan, dia boleh kena kecam.

Tapi, jika dipandang dari sudut positive, memang tak ada yang salah dengan apa yang dia tulis tu. Malah, boleh dianggap sebagai satu tusukan yang tajam singgah di hati kita yang boleh buat kita insaf. Gitewww..

Secara peribadi, aku setuju dengan mesej yang cuba si ambrose sampaikan tu. Satu penghargaan buat beliau kerana dah berjaya keluar dari rat race. Rancang kewangan sebaiknya supaya kita boleh hidup selesa walaupun belum tiba hari gaji.

Nak menyimpan mesti kena paksa. Ia bukan tentang gaji besar atau kecil. Ia tentang tabiat. Kalau gaji besar pun tapi tak pandai manage, memang tak akan pernah cukup.

6 bulan yang dia sebut tu pun ada asasnya. Malah, ramai guru kewangan, termasuk aku sendiri memang selalu mencadangkan agar wujudkan simpanan 6 bulan dari pendapatan.

Jangan cepat marah atau mencebik bibir bila ada orang nasihatkan macam ni. Akui kelemahan sendiri iaitu tidak ada merancang kewangan & cuba perbaiki. Kalau tak tahu, belajar atau minta nasihat dari yang tahu.

Dulu-dulu aku pun pernah melakukan dosa kewangan juga. Selepas aku sedar, dah insaf dan belajar, sejak itu la aku mula mengajak dan mengajar orang menyimpan dan menguruskan kewangan mereka dengan betul. Nak dengar nak follow, silakan. Tak nak pun tak apa sebab duit kau bukan aku. Aku tak rugi apa-apa. Tapi, kalau ada orang follow & berjaya buat, aku tumpang gembira.

Dulu aku ada la cuba juga menyimpan. Tapi, asyik dikorek je. End up, saving tu makin tak bertambah. Simpan korek simpan korek. Ibarat simpanan yang tak ada matlamat. Simpan kat Tabung Haji pun dikorek gak. Tapi, itu dulu. Sekarang aku dah insaf 😬.

Sejak kenal Takaful & emas, tahap pengurusan kewangan dan simpanan aku menjadi lebih baik. Aku ada 4 Sijil Takaful & aku tukar simpanan dari duit kepada bentuk emas. Ia lebih kekal lama dan nilainya semakin meningkat. Bukan tu je tau! Lepas aku dah mula simpan emas, aku tak beli benda yang tak sepatutnya aku beli walaupun harga dia RM5. Aku menjadi lebih bijak bila berbelanja. Duit pun ada la simpan juga but the amount is just cukup for emergency fund. Bayangkan bila nak beli makanan, taukey kedai tu charge bekas RM1, malah plastic yang 20 sen tu pun aku tak nak beli, aku lebih rela guna tupperware & shopping bag sendiri. Sebab apa? Sebab, aku fikir macam ni, aku dah bayar lepas tu aku buang. Tak beri apa-apa manfaat pun. Membazir.

My advice is kalau nak ada simpanan yang lebih baik, simpan la dalam bentuk emas. Lagi banyak kita simpan, lagi baik.

bit.ly/auraemasfarah 💕

#pembimbingemaspalingsweet
#riskandfinancialadvisor
#bijakuruskewangan
#kabgold

Saturday, December 23, 2023

Hantaran Kahwin Dinar Emas

Alhamdulillah, emas KAB ini semakin menjadi pilihan ramai kerana selain dari dijadikan sebagai simpanan & koleksi simpanan, ianya juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran kahwin, mas kahwin, hadiah kahwin, hadiah lucky draw & cenderahati untuk apa jua majlis keraian kerana emas disukai oleh semua golongan.


Tahniah buat pasangan pengantin ini kerana memilih 2 keping 1 dinar KAB Gold sebagai hantaran kahwin mereka. Semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke syurga.


Pasangan ini sepakat memilih. Pilihan yang bijak untuk dimanfaatkan di masa akan datang.



Korang tau tak cara macamana korang nak  dapatkan Dinar ni? Nampak macam, Allah simpan duit beli je. Kena ada ilmu tau. Bila tak ada ilmu takut nanti korang kena tipu ada terikut dengan ajaran sesat.


✨Ingat Emas Segalanya di KAB Gold ✨
bit.ly/auraemasfarah 💕


Click sini untuk kita sembang-sembang pasal emas.

Ini lagi satu contoh mas kahwin Dinar.


#pembimbingemaspalingsweet
#hantarankahwin
#kabgold
#dinar


Farewell + Secret Santa + Year End Lunch

Sebenarnya aku tak setuju & tak pernah join pun Secret Santa sebelum ni. Sebab, itu bukan budaya orang Islam. Baru-baru ni department ada buat farewell untuk DGM yang akan bertukar ke department lain. Kami buat sekali dengan jamuan akhir tahun. Aku anggap itu bukan Secret Santa tapi sebagai exchange gift hujung tahun. Layan je la..dah nak pencen kan? 😄


Ok, aku dapat hadiah ni. Berjaya teka sapa yang bagi. Disebabkan aku rasa aku tak perlukannya, aku sedekahkan hadiah tu pada orang lain. 


Rezeki aku juga dapat lucky draw. No. 1 okey. Setiap yang dapat lucky draw kena cabut sendiri nombor. Nasib la dapat nombor berapa. Eh! Lupa pulak nak ambik gambar gambar hadiahnya. It's a coffee mug. Ok, hadiah ni aku simpan 😬😬.

Ini gambar-gambar sekitar majlis. Tak banyak sangat pun. Tak aci, dia orang turun awal & dah berposing-posing. Aku tak dapat nak turun awal sebab boss tengah meeting. Takkan nak tinggalkan dia pulak. 








Ada 2 orang tak ada, Azfar & Ervin. Mereka dah cuti.

All the best to Aiza.

Decorations memang 5 ⭐⭐⭐⭐⭐. Thank you to Zubir & team for their help. Food pun sedap. Alhamdulillah, tak membazir. Tengok la sapa yang order. Eh! Tiber. Farhanna kalau jadi ketua sesuatu event memang tip top. Aku facilitate je. Begitu juga dengan other team. Far kata next year dia nak suruh orang lain pulak yang organize. Ramai je kat situ yang mudah-mudahan yang boleh organize.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Sunday, December 17, 2023

Piramid Kewangan


Confuse macamana nak rancang kewangan?


Apa langkah yang patut dibuat dulu? This is basic guidelines yang boleh bantu korang untuk mulakan langkah.


🎀 Langkah 1

Protect diri & keluarga dulu dengan mengambil Pelan Takaful (Hibah, Income Protection, Medical card dsb). Lebih-lebih lagi jika korang breadwinner. Takaful dapat melindungi diri dari risiko musibah seperti kemalangan, penyakit kritikal dsb.


🎀 Langkah 2 

Ketepikan sedikit gaji untuk simpanan. Boleh pilih option samada Tabung Haji, SSPN atau buka akaun bank yang berasingan dari gaji bulanan. Bina "Emergency Fund" (at least 6 bulan gaji).


🎀 Langkah 3

Bila income dah stabil & emergency fund pun dah ada pada jumlah minimum, labur sikit dari lebihan gaji kepada instrument lain seperti Emas, ASB, Unit Amanah, Hartanah dll.


Cuba tengok piramid tu. Apa akan jadi jika tidak ada Perlindungan? Yang mana akan digunakan jika ditimpa musibah? Silap-silap boleh lebur semua simpanan & pelaburan tu.


Apa-apa pun, check again your monthly budget & rancang sebaiknya. Jangan sampai terbeban monthly commitment. Cuba control nafsu untuk shopping yang bukan keperluan. 


Tak perlu nak buat sekaligus pun sebenarnya. Yang paling penting, perlindungan Takaful mesti kena ada dulu😍


Jika perlu bantuan & nasihat untuk rancang kewangan korang, saya sedia bantu. Click aje sini 


Jemput join Telegram Channel Nota Takaful saya untuk info-info & maklumat terkini tentang kewangan & Takaful.


TRUST ❤️ LOVE ❤️ RESPECT 


#agenttakafulpalingsweet

#riskandfinancialadvisor

#bijakuruskewangan

#farahkaya