Friday, December 31, 2021

Happy New Year 2022

Eh! Eh! Tinggal beberapa jam je lagi nak masuk 1 January 2022.

Good bye 2021. 
Tahun yang banyak kenangan pahit, manis, masam, suka, duka. Covid, banjir, PKP, lockdown, business down etc. Aku sekeluarga pun dah rasa kena positive covid. Business drop. Segala yang dirancang banyak tak menjadi. Segala yang berlaku banyak hikmahnya. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Ramai juga sahabat yang telah pergi disebabkan covid. Usah diingat lagi perkara yang dah lepas. Move on. Always think positive. Bersangka baik dengan Allah. Banyak sebenarnya hikmah disebalik apa yang berlaku. Mungkin kita yang tak sedar atau tak nampak.

Welcome 2022.
Tak nak mintak banyak. Cuma nak mintak semoga apa yang dicita-citakan, yang diidamkan akan tercapai. Dan semoga virus covid jahat ni akan segera berlalu.

HAPPY NEW YEAR!!!!!!
STAY SAFE & STAY STRONG 😍

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Diary & Calendar 2022

Tahun ni paling "kaya" diary & calendar. Syukur la ada PPZ & Madrasah Tahfiz. Kalau tak satu pun memang tak ada.  Itupun calendar je. Diary? 🤷

Paling best masa kat AVA la dulu. Bos-bos kan dapat banyak diary & calendar. Mesti aku akan dapat lebih dari 1 diary & calendar.

Aku pun tahun ni tak ada buat calendar ataupun diary. Bila aku tak buat tu faham-faham je la. Aku bukan jenis orang yang kedekut. 

Korang banyak ke dapat diary & calendar 2022?

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Wednesday, December 29, 2021

Menjelang 2022

Dah beberapa tahun, bila setiap kali nak menjelang tahun baru atau raya, aku pasti ada bagi sesuatu kat client aku (priority to my etiqa clients lah). Tapi tahun ni tak ada apa-apa. Bukan dah lupakan mereka tapi tahun ni aku nak ubah pulak. Tahun ni client bertambah ramai. 🤲

Nak ubah macamana? Tunggu hingga masuk tahun 2022. 

Yang pasti aku tak pernah lupakan mereka. Malah, aku sentiasa hargai mereka. Aku sentiasa ingat & doakan mereka. Mereka je yang kadang-kadang lupakan aku 😀😀.

Take care semua. Doakan aku dimurahkan rezeki ye! Nanti macam-macam aku bagi kat korang 😘

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Sunday, December 26, 2021

Kek

Tengahari tadi masa nak keluar pergi kenduri kahwin, nampak seorang lelaki melayu pergi dari rumah ke rumah...macam menjual barang. Bila sampai kat rumah aku dia nak tekan loceng tapi dari dalam kereta husband aku cakap tak ada orang 😁. Lepas tu aku tanya dia jual apa. Jual kek katanya.


Macam-macam perisa ada. Katanya bantu keluarga sebab kena banjir baru-baru ni. Kena kerja usaha lebih lepas kena banjir ni katanya. Dia ada sebut nama 2 tempat yang kena banjir kat Semenyih bila aku tanya Semenyih banjir juga ke? Tapi lupa pulak nama 2 tempat tu. Tak kisah la yang penting dia ada usaha. Kesian tau, pergi dari satu rumah ke satu rumah tengah panas mengerlit.


Asalnya nak beli 1 je tapi lepas dia cakap macam tu, husband aku kata ambik 3 lah. Macam-macam perisa ada. Aku ambik pandan, chocolate & marble strawberry. RM10 je satu. Aku dah rasa yang pandan. Sedap gak. Korang boleh la try. Membeli sambil niat bersedekah. Jangan komen yang lain-lain. Effort dia tu yang aku puji.

Kat kotak kek tu tertulis...Dibuat & Dikilangkan oleh :

Camcy Food Industries
20, Jalan Sri Haneco 1/12
Kawasan Perindustrian Sri Haneco
43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-82118947

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Aku Bukan Bank

Tak suka betul bila tiba-tiba ada orang mesej nak pinjam duit. Lebih-lebih lagi dari orang yang aku tak kenal atau tak berapa nak kenal.

Semalam dapat message kat telegram yang berbunyi (aku copy paste je ayat dia) "assalam..Ade Kat mne..Nk minta tolong boleh ke? Sbb ada tgh urgent. Boleh ke?"
Aku pun tanya la tolong apa? Then aku bagi tau yang aku kat Muar baru on the way balik KL. Lepas tu dia call. Bila aku cakap hello tuan. Terus dia matikan...lepas tu dia sambung kat message. "Sy nk pinjam duit 2k,, untuk byr member sebab baki bank tgh problem. Janji esok pagi ganti balek insyaallah.."

Perghhh...menyirap je aku dengar. Orang politik yang berjawatan dalam parti dan ada title Ir nak pinjam duit kat aku?

Aku pun cakap la mana nak ada banyak tu. Eh! Dia boleh tanya lagi "Ade brpa cukup dlm akaun? 1000 cukup tak..Cmmne..tlg sgt 🙏🏻"

Aku cakap tak ada. Duit dah bagi kat mangsa banjir. Aku pun nak kena usaha cari duit lagi. Takkan yang ada sikit untuk kegunaan aku, aku nak bagi. Dia pun cakap ok tak apa.

Petang ni dia call pulak lagi tapi aku tak jawab...lepas tu call lagi, aku tak jawab gak. Lepas tu baru aku tengok mesej. Patut la...dia ada mesej aku lagi. Kali ni boleh pulak tanya "awak ada guna banking online tak?"

Aku geram terus reply yang aku memang tak praktikkan untuk bagi pinjam duit kat orang sebab aku bukan bank dan aku cari duit guna tulang 4 kerat dan aku pernah beberapa kali kena tipu...minta maaf cari la orang lain.

Dah la aku tak berapa nak kenal dia. Tiba-tiba nak pinjam duit pulak. Ingat aku bank ke? Sejak dah beberapa kali kena tipu memang tak semudah itu aku nak bagi orang pinjam duit. Aku cari rezeki guna tulang 4 kerat bukan tekan tekan je button telefon, terus duit keluar. 

Sekarang ni memang kita semua kena berhati-hati sebab terlalu ramai manusia yang suka ambil kesempatan. Pesanan ni bukan untuk diri aku je tapi untuk semua korang kat luar sana tu. Jangan mudah simpati atau terpedaya dengan lakonan dia orang. Sedang orang yang kita percaya pun boleh menipu kita...dah dapat duit lupa terus nak bayar...macam-macam alasan diberi. Paling teruk lesap terus. 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Wednesday, December 22, 2021

Lahanat Punya Orang

Dalam orang dok sibuk beri bantuan sana sini, ada juga rupanya pihak yang jahat pergi angkut kereta-kereta yang telah ditenggelami dek air banjir tu tanpa kebenaran. Kalau tow tanpa kebenaran lepas tu pergi cabut no plat tu apa ke hal nya? Mencuri la namanya tu. Mereka mengambil kesempatan atas musibah yang menimpa orang lain.

Lahanat betul orang yang macam tu. Kalau tak nak tolong pun, tolong doa pun cukup la. Ni pergi mencuri lagi harta orang tu. Dah la kereta dia orang tu ditenggalami air banjir, dah rosak sana sini.

Kepada mereka yang keretanya dah rosak ditenggelami air, perati-perati la sikit kereta korang ye! 

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Kerjaya Sebagai Jururawat

Siapa suka kerja jadi nurse, jururawat, misi? Sama je semua tu. Masa zaman dulu duduk kat kampung panggil misi. Bila dah duduk kota metropolitan panggil nurse. Jururawat tu panggilan official. Hahaha.

Tak kisah apapun panggilannya, tugasnya tetap sama. Siapa yang berminat atau yang sedang mencari kerja, boleh la mencuba ye! Sila lihat poster untuk maklumat lanjut.


Sharing is caring. Sharing is loving. Selamat mencuba.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya


Ular Sawa

Hangpa tengok la punya bertuah la makhluk ni, baguih je dok melengkaq dalam buaian kucing tu. Entah dah berapa ekok kucing la dia telan. Dah kekenyangan apa lagi....melengkaq la. Kita jangan ikut tabiat macam makhluk sekoq ni na.


Kejadian berkaku di Taman Bunga Raya, Setapak, Kuala Lumpur pada petang tadi selepas zohor. Pihak SRS/KRT Taman dengan pantas bertindak. Begitu juga dengan pihak Bomba. Syabas pada semua.


Ular oh ular kenapa kau makan kucing. Macamana aku tak makan, perut aku lapar. Dia pun makhluk Allah juga...tau lapar tau nak cari tempat berlindung. Dulu aku takut dengan ular ni. Tengok gambar pun aku takut apatah lagi nak tengok real. Dulu sapa hantar gambar atau video ular kat whatsapp, memang kena maki dengan aku. Aku cakap bagi la hint dulu yang tu gambar/video ular....idak ler aku bukak. Sungguh dulu memang aku takut, sampai berdiri bulu roma aku bila tertengok video atau gambar ular. Kadang-kadang telefon aku pun aku campak. Sekarang tidak lagi sebab dah ada Aura Seri. Aura berani untuk tengok gambar/video ular dah ada. Terima kasih Aura Seri.


#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya






Monday, December 20, 2021

Tow Truck

Anda tinggal di sekitar Kampung Subang?

Anda memerlukan tow truck kerana kenderaan anda telah ditenggelami air banjir?

Anda boleh hubungi nombor ini 0132883581.

Saya difahamkan yang beliau hanya charga RM10 sahaja untuk tow kenderaan anda ke workshop. Ini adalah usaha beliau untuk membantu mangsa banjir.

Dikhabarkan juga yang Perodua ada menawarkan rebate tow service, discount alat ganti terpilih & free inspection untuk pemilik kereta Perodua yang terjejas akibat banjir. Syabas Perodua!

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Hilang Nyawa & Harta Benda

Antara nyawa dan harta benda, dua-dua pun penting tapi nyawa lebih penting. Apabila berlaku banjir atau kebakaran, pastinya kita akan selamatkan nyawa kita dulu & harta/dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, segala jenis geran, emas dan sebagainya.

Berapa ramai yang terkorban waktu banjir besar di Kelantan tahun 2014 dulu? Khabarnya, banjir yang terbaru ini pun ramai juga yang terkorban. Salam takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan harta benda. Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. 

Hilang harta benda boleh kita cari walaupun ianya agak perit dan mengecewakan. Tapi, jika hilang nyawa....tidak ada gantinya.

Berapa ramai yang hilang emas apabila berlaku banjir?
Oleh itu, jangan simpan emas di rumah tapi simpan di peti besi yang telah disediakan seperti Ar-Rahnu.

Berapa banyak kenderaan yang rosak dan musnah apabila berlaku banjir?
Oleh itu, mulai saat ini, apabila anda nak renew insurance kereta anda, pastikan anda tambah SPECIAL PERILS.

Berapa banyak rumah, perkakas letrik, perabot dan barang-barang dalam rumah yang rosak akibat banjir?
Oleh itu, pastikan anda ada mengambil insurance rumah terutama apabila rumah anda sudah tidak ada hutang lagi dengan Institusi Kewangan. 

Berapa orang yang kehilangan tempat bergantung, kehilangan orang tersayang apabila berlaku banjir?
Oleh itu, pastikan anda & ahli keluarga anda mempunyai perlindungan insurance. Orang Islam sila ambil Takaful ye!

#fantasticfarah
sweetfarah
#farahkaya


Banjir

Covid masih belum reda, banjir pula melanda. 

Apa yang berlaku sekarang ini kerana Allah nak uji kita. Allah bukan saja uji mereka yang terkesan akibat banjir tapi yang tak terkesan juga diuji.


Allahu...Allahu....Allahu....demi Allah, saya sedih dan menangis melihat tragedi ini. Syukur pada Allah kerana kawasan saya tidak terkena banjir. Ada diantara mereka yang terkesan adalah rakan-rakan saya. Ramai NGO tampil menghulurkan bantuan. Samada bantuan dari segi kewangan, makanan, keperluan harian maupun tenaga.


كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَتَاهُ الْأَمْرُ يَسُرُّهُ قَالَ: (الْحَمْدُ للَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ) وَإِذَا أَتَاهُ الْأَمْرُ يَكْرَهُهُ قَالَ: (الْحَمْدُ للَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ).

(Alhamdu lillaahil-lathee bini'matihi tatimmus-saalihaat). (Alhamdu lillaahi 'alaa kulli haal).

Apabila ada sesuatu yang menyenangkan Nabi saw, Baginda menyebut: ("Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya sempurnalah perkara-perkara yang baik"). Dan apabila ada sesuatu yang menyusahkan Baginda menyebut: ("Segala puji bagi Allah atas segalanya").

Ibn As-Sunni, Sahih al-Jami' as-Saghir 4/201.


Hujan berterusan sejak hari Jumaat. Teduh sekejap hujan balik. Begitu la sampai ke malamnya dan selepas itu hujan tanpa henti...sekejap lebat sekejap perlahan. Perniagaan husband yang business air kelapa juga terjejas untuk tempoh 2 hari tu iaitu Jumaat & Sabtu. Masa tu adik-beradik dari kampung & yang di KL ada datang rumah. Terperap je la kat rumah. Keluar makan pun kena cari restaurant dalam mall. Hujan lebat pada hari sabtu itu la yang lagi banyak tempat banjir. Ada yang teruk sampai tenggelam kereta, tenggalam rumah sampai terpaksa duduk di atas bumbung, rumah hilang. Terimbau kembali kenangan banjir besar di Kelantan pada penghujung 2014. 

Ramai yang stranded pada hari sabtu tu. Ada client saya tersangkut 15 jam selepas balik kerja.


Mari la kita sama-sama berdoa kepada mangsa-mangsa banjir ini agar mereka semua diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. Semoga segala urusan mereka akan dipermudahkan. Mari la juga kita hulurkan sedikit bantuan. Bantuan boleh salurkan terus pada individu (jika anda mengenali mereka) atau terus pada NGO berikut (ini yang saya tau lah):

PERTUBUHAN MUALAF BERBILANG BANGSA (MRM)
No. Account : 5648 1052 0353 (Maybank)

PERTUBUHAN WILAYAH UMMAH MALAYSIA
No. Account : 5647 2668 4056 (Maybank)

Lihat la rumah ini, sebelum & selepas. Difahamkan lokasi ini adalah di Hulu Langat dan rumah ini berdekatan dengan kebun kawan saya di sana.

SEBELUM BANJIR

SELEPAS HUJAN LEBAT & BANJIR

Saya update sikit aje. Alhamdulillah, ramai nampaknya NGO, individu & parti politik yang membantu mangsa-mangsa banjir ini. Kita ikut kemampuan kita. Bantuan tidak semestinya dari segi kewangan. Jika tidak mampu dari segi kewangan atau masa, doa pun sudah memadai.

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Thursday, December 16, 2021

Kisah Makan Di KFC

Semalam birthday anak bongsu. Husband kata dah lama tak makan ayam. Kita pergi makan KFC lah. Dia kata. Asalnya aku nak ajak makan kat Dolly Dim Sum. Birthday sapa sebenarnya ni? Birthday girl tak request pun nak makan kat memana, dia follow je. Memang tradisi kami kalau birthday ke anniversary ke...kami pergi makan je. Lepas tu bagi hadiah. Tak ada la nak bermewah bagai. Sesekali bagi la surprise delivery. Kalau every year buat dah tak surprise la nama dia.  

Jadinya, pergi la KFC Taman Melawati. Aku try la Ayam Nyonya menu baru tu. Huh! Tak sedap. Ingat nak beli 1 slice cake kat Secret Receipe sebelah KFC tu....sekali tengok kedai tu gelap...kedai bukak tapi gelap. Blackout agaknya. Lupakan pasal kek.

Cuma nak cakap pasal KFC ni. Bukan ayam je makin kecik. Roti dia pun makin kecik. Tak tembam macam dulu 😂😂😂

Yang tak bestnya, restaurant KFC Taman Melawati ni dah tak macam dulu. Bila kami naik atas...banyak meja penuh dengan sampah makanan yang tak berkemas. My husband terpaksa ambik pindahkan ke meja lain yang kosong. Sinki kotor. Chili Sauce ngam-ngam je untuk kita orang. Sampai kesudah, tak ada staff yang naik atas bersihkan meja. Makanan pun kami kena turun ambik sendiri selepas menunggu 10 minit kat atas. Tak ada lagi staff yang datang hantar. 

Ini la akibatnya bila dah masuk order dekat grab la food panda la & entah apa-apa lagi. Keadaan di restaurant dah tak berjaga. Rasanya kalau ada orang yang positive covid masuk dalam tu pun mereka tak tau sebab tak ada sapa pun yang nak check MySejahtera kita. Malah, tanya pun tak.

Persoalannya, bila restaurant yang dah gah dah ada nama... service tak bagus pun orang tetap akan datang, akan beli, akan makan. Cuba kalau kedai kecik-kecik, SME yang baru nak naik tu...buat silap sikit je habis di viral. Patutnya yang kecik tu la yang perlu kita guide, kat mana salah mereka supaya mereka boleh perbetulkan boleh improve. Yang company besar yang dah lama bertapak dah tak ada isu tu dah patutnya sebab mereka dah berjaya, dah banyak pengalaman. 

Ye! Manusia semua buat silap tapi jangan mudah kecam mereka yang membuat silap sebab kita pun tak sempurna. 

Done bebel.

#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya


Saturday, December 11, 2021

Road to 20,000 customers


Rezeki siapa la agaknya ni ye? Memang bertuah sungguh la sapa yang dapat. KAB Gold ni Chairman doa Tan Sri Dr Daud Bakar, CEO dia Ustaz Khairul Anuar Basri. Penasihat & Assayer dia pun bukan kaleng-kaleng. Itu nanti saya cerita di bab yang lain pula.


Kalau nak mencuba nasib, sila la daftar & beli KAB Gold ni. Mana tau ada rezeki. Daftar percuma je tapi bila nak beli emas tu bayar. Takkan beli emas pun percuma kan? Daftar KAB Gold.

#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya

Friday, December 10, 2021

Online Shopping - Part II

Ok, kali ni nak share beberapa link yang best lagi yang korang boleh membeli-belah di sini. Aku nak korang support small business.

Masa aku sekeluarga positive covid, kawan aku ada order macam-macam dari dia ni. Sedap-sedap belaka. Aku pun usha la IG dia. Wow! Bukan makanan je sedap tapi creative dan cantik decoration dia. Kalau nak buat surprise delivery pun memang sesuai. Click untuk melihat IG mereka.

Kalau korang nak cari biskut-biskut or cookies homemade yang sedap korang boleh beli kat kedai BISKOOT ni. Biskut dia boleh dikategorikan exclusive gak. So, korang boleh la bagi kat clients and customers korang yang level kayangan tu. 

Kalau korang suka tupperware & barang-barang dapur, korang boleh beli di kedai IZRSHOP 
Don't worry, yang aku recommend kat sini semua trusted seller & service pun bagus.

Haaaa.....ni best. Korang tak payah susah payah keluar untuk bersiap, cari parking & bersesak untuk membeli groceries. Korang shopping je kedai online VILLAGEMART ni. 

Akhir sekali, kedai aku sendiri lah. Sila la shopping kat kedai aku ni FA WOW SHOP
Macam-macam ada. Kalau boleh aku nak letak lagi banyak barang kat dalam kedai aku tu. Ada tak yang sudi nak jadi supply aku?

Nak lagi ke? Cukup la dulu. Korang shopping kat kedai-kedai tu dulu then aku akan share kedai lain pula di kemudian hari. 

HAPPY SHOPPING 🛍🛒

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya

Monday, December 6, 2021

Online Shopping - Part I

Masa lockdown, perniagaan online memang menjadi pilihan. Bila dah boleh rentas negeri, dah boleh ke sana ke sini, perniagaan online masih tetap menjadi pilihan. Mudah sebenarnya beli online ni. Namun begitu, bukan semua barang mudah untuk beli online. 

Siapa suka shopping online di sini? Aku nak share beberapa kedai yang korang boleh beli dengan mereka. 

Support la small business. Kata nak support SME...ini la masanya kan? Kita sama-sama bantu naikkan kedai & sale mereka. Mereka ni pun baru nak mulakan business online. Zaman pandemic ni memang orang memerlukan extra income. Cost of living sekarang ni mahal. Kita hargai usaha mereka dengan membantu membeli di kedai mereka. At least mereka tak meminta-minta. Sikap macam ni yang kita suka yang kita nak.

Kalau korang nak beli Tudung Fareha yamg cantik & meletop tu, korang boleh pergi di link ini 👇

AINABELLA

Bukan aje Tudung Fareha...barang-barang untuk orang lelaki pun ada.

Ada banyak lagi nak share tapi sebab tulisan ni dah panjang. Kita jumpa di Part yang ke-2 pulak ye! 😊

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya



Wednesday, December 1, 2021

Selamat Datang December

Pejam celik pejam celik....dah December. 

December adalah bulan terakhir untuk kita bangkit di tahun 2021 ini. Dari pandemic menjadi endemic. Moga tidak berjumpa dengan lockdown lagi. 

Lockdown, pandemic, endemic....sepak terajang dalam business yang mendewasakan kita. Tetapi, kita masih juga teruskan business kita. Nak buat business semangatnya memang kena kental, kena kuat. Apa saja rintangan kita kena harungi.

Tahniah! Pada mereka yang masih meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaan. Teruskan perjuangan. Tahniah juga pada team KLC yang berjaya merangkul Piala Malaysia 2021 😊

#fantasticfarah
#sweetfarah
#farahkaya