Sunday, August 17, 2025

Fenomena Buy Muslim First (bmf)

Fenomena Buy Muslim First (BMF) semakin rancak kedengaran semula.

Aku sendiri bukanlah pejuang tegar BMF, tetapi sebolehnya aku akan pilih produk Muslim dahulu. Jangan salah faham ya, ini bukan bermaksud aku memboikot produk bukan Muslim. Selama ini pun banyak sahaja produk bukan Muslim yang aku sokong. Cuma sekarang aku berusaha berhijrah ke BMF. Hijrah itu memang pahit di awal, tetapi manis di hujungnya. Tujuan aku cuma satu...untuk membantu menaikkan taraf ekonomi umat Islam.


Ramai yang lantang melaungkan kempen BMF, tetapi dalam diam mereka tetap menyokong syarikat bukan Muslim, terutamanya dalam bab emas. Padahal syarikat Muslim pun ada, contohnya #KABGold yang 100% dimiliki Bumiputera Islam, patuh syariah dan dipandu oleh syariah, malah menjadi syarikat Islam pertama menggunakan model perniagaan referral link. Mereka juga trendsetter yang diikuti oleh syarikat lain.


Yang paling menyedihkan hati aku ialah apabila masih ramai kawan dan ahli keluarga simpan emas di syarikat bukan Muslim. Aku perhatikan banyak syarikat, bila nak dapat Sijil Patuh Syariah (tidak tertakluk kepada Emas saja), present bukan main cantik. Tapi bila dah implement, ada sahaja yang cuba “corner”. Bila ditegur, modalnya, “Kami ada sijil patuh syariah dari si polan dan si polan.” Yang jahil akan terus percaya, yang bijak akan menilai.


Agaknya bila sebut BMF, orang ingat cuma beli ikan, ayam, daging, sayur, belacan, minyak, gula, tepung semua tu. Tapi bila beli emas, tiba-tiba BMF jadi tak penting.


Aku sendiri dah lama cuba beralih kepada produk Muslim dalam kehidupan seharian. Ada orang kata, “Barang kedai orang Islam biasanya mahal sikit.” Aku jawab, “Tak apa la mahal sikit pun..kita beli dengan mereka. Nanti secara tak langsung kita bantu naikkan ekonomi orang Islam. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?”


Aku berdoa setiap hari agar Allah bukakan pintu hati mereka ini untuk berhijrah ke KAB Gold.

Jom kita sama-sama doakan agar lebih ramai orang Islam berhijrah ke KAB Gold dan syarikat ini berjaya setanding bahkan mengatasi syarikat bukan Muslim.


KAB Gold bayar zakat emas, kita pun bayar zakat emas. Andai emas kita belum cukup nisab atau haul, bila KAB Gold bayar zakat, kita juga dapat saham pahala.


Hijrah itu memang pahit di awal, tetapi manis di hujungnya dan hasilnya bukan sahaja membantu diri sendiri, tetapi juga mengangkat ekonomi ummah.


Maafkan aku, bab #bmf ni aku memang agak tegas.


#PejuangEkonomiUmmah

#GoldenCircleSistaEmas

#TerusBerjuang

#PatuhSyariah

#PenuliseMAS

#JomHijrah

#bmf

Saturday, August 9, 2025

Tahniah! Top Performer Bulan Julia 2025

TAHNIAH! TOP PERFORMER KAB GOLD BULAN JULAI 2025


Tahniah juga buat diri sendiri. Saya pun terkejut bila nama masuk Carta bulan July. Hadiah harijadi agaknya ni 😁.


Bukan semua orang mampu nak consistent. Juga, bukan senang nak consistent. Tapi, kami telah buktikan. Alhamdulillah, semua pun boleh sebenarnya. 


Setiap langkah, setiap gram dan setiap pelanggan yang kami yakinkan, itulah bukti usaha tanpa henti yang membawa kami ke puncak carta bulan July ini.


Berita gembira & mengejutkan ialah 

mulai Julai 2025, Top 3 bagi setiap kategori akan menerima hadiah istimewa iaitu:


✨ Top 3 Kategori Sales

➡️ RM100 dalam bentuk Uncang Emas


✨ Top 3 Recruitment

➡️ RM50 dalam bentuk Uncang Emas


Terima kasih KAB Gold 💙


Kami bukan sekadar mempromosikan emas tetapi membina kepercayaan, mencipta perubahan dan menggerakkan ekonomi ummah. Jalan ini memang tak mudah, tapi sangat berbaloi. Lebih-lebih lagi bila berjaya bawa masyarakat, Muslim khususnya berhijrah menyimpan emas & membuat business di KAB Gold.


Kami akan terus melangkah dan mencipta impak.


✨Ingat Emas Segalanya di KAB Gold✨

Ingat Emas Ingat #sweetfarah


Ikuti saya di platform lain di sini 

 

#PembimbingSimpananEmas

#SimpanEmasMenangKereta

#PejuangEkonomiUmmah

#GoldenCircleSistaEmas

#TopPerformer

#PenuliseMAS

#KABGold










Sunday, May 4, 2025

MACAMANA AKU MENGENALI KAB GOLD?


Sejujurnya, aku memang zero knowledge pasal emas ni. Aku tak rasa yang Emas ni penting & bernilai. Dulu-dulu aku tahu Emas ni hanya barang kemas je & aku pulak tak minat dengan barang kemas. Cincin kahwin pun jarang pakai. Aku rimas bila pakai barang kemas. Aku orang yang agak lasak. Kalau pakai barang kemas memang cepat rosak. 


Mak aku cakap orang perempuan kena pakai barang kemas. Aku pun beli la sikit buat ada.


Lepas tu, ada beberapa orang kawan promote Gold Bar tapi hati aku masih tak terbuka lagi ditambah pulak company tu bukan milik orang Islam. Mungkin kawan aku tu pun tak bersungguh promote. Al-maklum, aku bukan la orang berduit sangat ketika itu. Agaknya, kalau dia promote sungguh-sungguh, mungkin aku dah join la kot. Ya la, waktu tu mana ada company Islam yang buat business serupa itu.


Sampai la suatu hari tu, aku join webinar Irfan Khairi (IK) pasal emas. Tetamu undangan dia Ustaz Khairul Anuar. Masa ni umur aku pun dah 51 tahun. Masa tu kita semua dalam fasa PKP lagi. Tu yang ada masa join tu. Masa dengar tu aku terus daftar. Dalam hati aku berkata "ada rupanya syarikat orang Islam yang buat business emas menggunakan sistem referral". 


Lepas join tu, aku memang blur katak. Tapi, aku explore sendiri. Join group Telegram IK. Join FB KAB Gold. Banyak la soalan bodoh yang aku tanya. Asalnya, aku daftar sebab nak beli untuk simpanan sendiri je. Tapi, aku ni kan otak business. Pantang ada peluang. Aku pun upgrade level sampai ke GM.


Tengah syok buat, team IK ni pulak dah slow & tak aktif. Aku dah hilang arah. Aku pun cari la macamana cara nak pergi kelas emas ni. Dapat info semua dari FB KAB Gold. Aku pun paksa suami & anak-anak ikut pergi kelas emas kat office KAB Gold di Gombak. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku hadir ke kelas. Di sini la titik permulaan ku mengenali KAB Gold dengan lebih dekat & mengenali manusia dari empayar lain. Bermula di sini juga aku semakin seronok untuk mengetahui & mempelajari lebih mendalami lagi tentang ilmu emas. 


Sebelum upgrade ke GGM, aku ditukarkan ke empayar lain (boleh tukar jika empayar kita dah tak aktif & biarkan kita terumbang-ambing sendirian). Kini, aku di bawah empayar AAA, empayar terbesar & paling aktif di KAB Gold. Alhamdulillah, dek bersabar dengan empayar lama yang membiarkan aku terkapai beberapa lama, Allah jodohkan aku dengan empayar terbaik. 


Di KAB Gold aku banyak belajar pasal ilmu emas. Ramai otai-otai Emas di sini. KAB pun selalu buat kelas emas. Makin lama, aku makin sedar & nampak betapa pentingnya simpan emas ni. 


Simpan emas ni bukan semata-mata tentang nilai gram. Tapi, tentang nilai diri & nilai hidup, tentang cara kita menjaga kewangan & rezeki, tentang prinsip.


KAB Gold bukan sekadar tempat jual beli emas. Ia tempat kita simpan harapan. Tempat kita bina kekuatan kewangan sendiri & tempat kita educate orang lain.


Aku pula bukan simpan untuk diri sendiri sahaja. Aku berusaha untuk upgrade diri, tambah ilmu, labur masa, wang & tenaga supaya aku boleh bantu lebih ramai lagi berjaya menyimpan emas dengan ilmu kerana aku tahu

bukan semua orang ada access kepada info yang betul pasal emas. Perjuangan ini ada nilainya. Bukan sekadar gram emas tapi, gram kepercayaan gram tanggungjawab & gram barokah.


Aku suka sangat berada di dalam circle KAB Gold. Circle yang sangat positive. Saling support each other. Bagi aku KAB Gold adalah platform yang selamat,  jujur & bersih.


Semoga setiap gram yang kita simpan di KAB Gold akan mendapat redha Allah. Apa yang buat aku happy ialah bila aku dapat bimbing ramai orang berjaya simpan emas hingga mereka boleh bayar zakat emas.


Untuk itu, di bulan May ini aku nak cari 20 orang Gold Saver berdaftar di bawah jaringan aku. Tak nak tamak. 20 orang dulu untuk bulan ini. Aku nak bantu & bimbing yang 20 orang ni. Tak kisah siapa pun korang kerana di KAB Gold semua orang mampu untuk simpan emas. Kalau yang dah ada experience & nak berhijrah ke KAB Gold pun amat la dialu-alukan. Link pendaftaran ada di ruangan komen.


Nak buat sesuatu ni bukan tentang kita pandai atau tak pandai tapi tentang mahu atau tak mahu. Kalau tidak, aku yang zero tentang Emas ini mana mungkin boleh sampai ke tahap sekarang ini. Terima kasih KAB Gold. Terima kasih semua team AAA Empire yang selalu bagi tunjuk ajar.


FARAH ABDULLAH

DUTA & EXECUTIVE PARTNER

KAB GOLD [KAB10045]

linktr.ee/fantasticfarah 🥰 


#PembimbingEmasPalingSweet

#PembimbingSimpananEmas

#TipKayaDenganEmas

#KABGold






Sunday, February 2, 2025

Utamakan Nafkah Isteri

 


Ibu Bapa Meminta Duit Anak Secara Berlebihan Untuk Hidup Mewah Ketika Si Anak Sudah Berkeluarga?


1. Ibu bapa membesarkan kita daripada kecil hingga dewasa. Kita tidak mampu membalas jasa mereka yang mengandung kita selama 9 bulan, menjaga dan mendidik kita daripada tidak tahu berbicara hingga petah berkata-kata. Menjaga daripada hanya mampu terbaring, hingga mampu berlari dan melangkah.


2. Anak diwajibkan memberi nafkah kepada orang tuanya jika ibu bapanya merupakan orang miskin yang tidak cukup harta untuk perbelanjaan.


Imam Ibn Munzir berkata:


أجمع أهل العلم على أن نفقة الوالدين الفقيرين الذين لا كسب لهما ولا مال واجبة في مال الولد


"Para ahli ilmu (ulamak) telah sepakat berkaitan nafkah terhadap kedua ibu bapa yang FAKIR tiada mata pencarian dan juga tiada harta, nafkah ke atas mereka wajib ditanggung daripada harta anak (kewajiban anak beri nafkah)"


3. Sekiranya kedua orang tua bukan termasuk orang yang miskin, maka tidak diwajibkan terhadap anak memberi nafkah kepada mereka, namun jika memberikannya ia merupakan satu perkara yang baik dan berpahala. 


Nafkah kepada ibu bapa tidak wajib dalam keadaan:

- Anak tidak berkemampuan dan tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menafkahi anak dan isterinya sendiri.

- Ibu bapanya hidup dalam keadaan berharta bahkan cukup perbelanjaan bulanannya.


Halalkan saya ambik kisah ini. Saya dah tak ingat kat mana saya jumpa sebab dah lama saya simpan.

Seminar Emas - Kenapa Selalu Kena Tipu

Bersama Penganjur Seminar 

Pada 14 December 2024, berlangsungnya Seminar Emas KAB Gold yang dianjurkan oleh Tiya from our team, AAA Empire. Seminar diadakan di Abu Hubayb Learning Centre di Batu Berendam, Melaka. Plan nak buat seminar ni memang awal lagi Tiya dah bagi tau. Tu yang aku block siap-siap dalam calendar. Aku kena la support. End-up 14 December tu ada Inter-Unit Trust Bowling pulak. Tak dapat la aku pergi bowling tu walaupun sebenarnya bowling tu game favourite aku. Kenapa la dia pergi buat date tu? Haishhh..

COO, Yuan Azrul sedang bagi talk

Asalnya block time Ustaz (CEO KAB Gold ) & nak cerita pasal tajuk lain. Tapi, last minute Ustaz pulak kena bawa jemaah pergi Umrah. Walaupun Tiya yang anjurkan, aku kena la bantu juga. Kami pun sesama AJK AAA Empire. Aku try la tanya COO. Alhamdulillah dia sudi nak bagi talk pada 14 December tu. Katanya jangan tajuk yang susah-susah 😂






Alhamdulillah, ramai gak yang datang walaupun pada awalnya macam suspend je. Kedatangan melebihi registration. Dia orang ni suka walk-in. Mujur la makanan cukup. Aku boleh dikatakan awal gak la sampai tapi rupanya, si Faqeer lagi awal. Kami pun tolong la apa yang patut. 

Ni "anak emas" aku, Basit yang tinggal di Melaka. Aku happy sangat dia datang. Walaupun ada lagi "anak emas" yang tinggal di Melaka tapi tak datang. Aku pun ada invite kawan-kawan yang tinggal di Melaka datang ke Seminar ni. Tapi, biasa la...kita tak boleh nak paksa orang datang walaupun ilmu yang nak diberi tu percuma. Makan minum pun diberi. Tidak mengapa, yang penting kita buat.

Ni Melati, staff KAB Gold. Kenapa dia peluk aku begitu? Sebab last dia 24 December.

Up lagi sekali gambar beramai-ramai 😊

Yeayyy...kalau lucky draw manual senang je kena tapi kalau yang pusing-pusing tu payah betul nak mengena

Husband pun dapat lucky draw. Yang lain-lain dapat lucky tu tak payah la aku ambik kan...hehe

Selain hadiah lucky draw Ada gak hadiah kuiz. Tahniah kepada semua yang dapat lucky draw.
 
Lepas seminar aku balik homestay. Aku booking homestay. Kebetulan esoknya birthday si bongsu. Duduk rumah 3 bilik tapi Kami bertiga je. Hari ini juga emak, kakak & anak buah aku balik dari Umrah. Adik aku yang ambik mereka di KLIA & malam tu sebelum balik Muar, mereka singgah homestay kenapa. Usai solat, terus bawa mereka pergi makan di restaurant Mohd Abdullah Chan. Maaf la tak ada gambar. Ajak tidur homestay mak tak mau.

Itu la kisah di sebalik Seminar Emas KAB Gold di Melaka. Terima kasih pada Tiya kerana sudi menganjurkan seminar. Terima kasih juga pada semua yang hadir. Lambat post kat blog. Kita macam throwback gak la ni 😄😄😄

Ikuti aku di platform lain di sini.

NOTA EMAS 7/25

Bila dah jumpa tempat beli emas yang baik macam KAB Gold, terus beli secara consistent tanpa melihat harga.


Maksudnya, jangan difikir harga rendah atau tinggi. Beli saja. Yang penting, gram emas bertambah.


Secara psikologi, harga emas sentiasa dirasakan mahal. Bila harga naik lebih tinggi, ketika itu kita akan rasa harga yang pernah kita rasa mahal suatu ketika dahulu rupa-rupanya murah.


Beli emas bukan seperti membeli barang lain. Kita hanya menukar bentuk duit kita kepada bentuk emas. Itu saja.


Jika hari ini kita menyesal tidak borong emas banyak-banyak 20 tahun lepas, hal yang sama bakal berlaku 20 tahun akan datang. Kita akan menyesal kerana tidak borong emas banyak-banyak hari ini.


Jangan bertangguh. Biasanya, orang yang bertangguh untuk mula membeli emas pasti akan rugi & menyesal.


Credit: KAB


Click sini untuk info lanjut tentang Emas & KAB Gold. 


#PembimbingEmasPalingSweet

#PembimbingSimpananEmas

#NotaEmas

#KABGold

Saturday, February 1, 2025

Walimatulurus 2/25

Pembuka tirai Majlis walimatulurus bulan February - anak my officemate, Azalan. Menantu sulung ni. 

Bersama bapak pengantin

Kita culik mak pengantin

Ex-Officemates yang dah lama tak jumpa - Othman & Yusof

Mak-mak bila berjumpa

Bersama Kak Ruby & Izan


Bersama Shima & Kak Ruby

Kenangan bersama mak pengantin 

Adam seorang lelaki 😄

Majlis berlangsung di Biznaz Amza Hall, Kompleks Ostia Kajang.