Ibu Bapa Meminta Duit Anak Secara Berlebihan Untuk Hidup Mewah Ketika Si Anak Sudah Berkeluarga?
1. Ibu bapa membesarkan kita daripada kecil hingga dewasa. Kita tidak mampu membalas jasa mereka yang mengandung kita selama 9 bulan, menjaga dan mendidik kita daripada tidak tahu berbicara hingga petah berkata-kata. Menjaga daripada hanya mampu terbaring, hingga mampu berlari dan melangkah.
2. Anak diwajibkan memberi nafkah kepada orang tuanya jika ibu bapanya merupakan orang miskin yang tidak cukup harta untuk perbelanjaan.
Imam Ibn Munzir berkata:
أجمع أهل العلم على أن نفقة الوالدين الفقيرين الذين لا كسب لهما ولا مال واجبة في مال الولد
"Para ahli ilmu (ulamak) telah sepakat berkaitan nafkah terhadap kedua ibu bapa yang FAKIR tiada mata pencarian dan juga tiada harta, nafkah ke atas mereka wajib ditanggung daripada harta anak (kewajiban anak beri nafkah)"
3. Sekiranya kedua orang tua bukan termasuk orang yang miskin, maka tidak diwajibkan terhadap anak memberi nafkah kepada mereka, namun jika memberikannya ia merupakan satu perkara yang baik dan berpahala.
Nafkah kepada ibu bapa tidak wajib dalam keadaan:
- Anak tidak berkemampuan dan tidak mempunyai harta yang mencukupi untuk menafkahi anak dan isterinya sendiri.
- Ibu bapanya hidup dalam keadaan berharta bahkan cukup perbelanjaan bulanannya.
Halalkan saya ambik kisah ini. Saya dah tak ingat kat mana saya jumpa sebab dah lama saya simpan.