Sunday, September 4, 2022

Sembang Santai Emas

Seminar terbuka buat semua orang. Best tau seminar emas yang dibuat oleh KAB Gold ni. Banyak perkongsian ilmu & info-info menarik pasal emas yang korang akan dapat.

Pada 7 September ni jam 8.30 malam, Sembang Santai Emas dengan tajuk "Kaya Itu Mulia" akan diadakan di Pejabat KAB Gold, Bangunan Lot 7, Jalan Gombak, KL. Korang yang duduk berdekatan boleh la datang. 


Pada 10 September pulak jam 8.30 malam gak...haaa jauh Ustaz ni terbang. Sekali lagi akan dibuat di Sabah. Kali ini kat Sandakan. Korang yang ada kat Sandakan tu boleh la datang beramai-ramai. Tajuk seminar dia "Kenal Emas Hidup Bahagia". Depa buat dekat Mawar Commercial Center Sandakan.

Aku sarankan korang luangkan la masa untuk pergi seminar ni. Serious, memang best sangat. Orang yang sebelum ni berfikiran negative pasal emas, lepas datang seminar ni pasti korang akan tukar jadi positive. Aku tak pernah ketinggalan dari menghadiri Sembang Santai Emas ni kecuali kalau ada sebab yang menghalang aku dari menghadiri seminar ni. Aku kalau pergi memang aku angkut husband & anak-anak aku sekali. Sebab apa? Sebab ilmu. Aku nak mereka semua ada ilmu tentang emas ni. Aku tak nak mereka melabur di tempat yang bukan-bukan.

Yang lagi best, boleh merapatkan lagi hubungan ukhuwah sesama kita dan ada lucky draw tau. Makan tak payah risau la sebab mereka tak pernah la tak bagi makan. Tapi korang jangan main terjah je. Register la dulu supaya mudah untuk mereka prepare logistics.

Seminar pun disampaikan oleh CEO KAB Gold sendiri iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri. 

Tapi kalau korang tak boleh hadir pun tak mengapa. Mungkin faktor jauh, anak tak ada orang jaga dan sebagainya, korang boleh je tengok live kat FB. Selalunya dia orang memang ada buat live gak.

Pada aku la kan....kalau korang yang bermalas-malas nak hadir atau dengar Sembang Santai Emas ni memang rugi sangat-sangat. Kadang kita rasa kita dah tau dah pasal emas ni tapi lagi kita belajar lagi banyak rupanya ilmu emas yang kita tak tahu.

Korang boleh register account emas percuma di sini.

#fantasticfarah #sweetfarah #farahkaya




OctaFX

Berita ni pasti mengejutkan ramai orang. 

Tak semestinya bila dah iklan sana sini dah masuk TV sana sini dah keluar kat radio itu ini & ramai orang-orang popular yang join...ianya sah di sisi undang-undang.

Approval license pun orang boleh tipu tau. Boleh guna logo yang sah lagi. Bila check...eh! Tak ada rupanya. Bukan setakat forex je tau...semua yang melibatkan investment termasuk la gold investment. Semua korang kena check. Jangan telan bulat-bulat apa yang mereka cakap. 

 Jadilah orang yang bijak. Sayangilah duit kita. Jangan jadi tamak. Apa yang aku perhatikan orang-orang kita ni tamak. Nak cepat sangat kaya. Usaha malas. Nak kaya cara mudah. Mana ada jalan short cut untuk jadi kaya? Bila kaya cara mudah mula la show off kereta-kereta mewah, duit yang banyak, melancong sana sini...katanya disebabkan buat sekian sekian investment...untuk mempengaruhi orang lain to join. Hakikatnya...indah khabar dari rupa je. Halal Haram pun dah tak peduli. Main langgar je. Ooo company tu ada dapat Shariah complaint certificate ye! Ada penasihat shariah. Kau dah check betul-betul ke? Apa kau ingat asal Ustaz je dah boleh jadi penasihat shariah? Dah nampak keuntungan yang berganda-ganda lupa terus nak siasat. 

Errr...yang aku tau forex tu haram. Kenapa masih ramai orang Islam nak invest di forex? Arghhhhh...ko kalau cakap dengan orang kaki forex ni memang ada je hujah depa. Lebih baik tak payah berhujah. Menulis je lebih baik. 

Pengalaman mendewasakan aku. Pengalaman mematangkan aku. Pengalaman menjadikan aku lebih bijak di dalam membuat keputusan. Pengalaman tak semestinya apa yang kita lalui tapi juga apa yang orang sekeliling kita lalui. 

#fantasticfarah #farahkaya #sweetfarah