Fenomena Buy Muslim First (BMF) semakin rancak kedengaran semula.
Aku sendiri bukanlah pejuang tegar BMF, tetapi sebolehnya aku akan pilih produk Muslim dahulu. Jangan salah faham ya, ini bukan bermaksud aku memboikot produk bukan Muslim. Selama ini pun banyak sahaja produk bukan Muslim yang aku sokong. Cuma sekarang aku berusaha berhijrah ke BMF. Hijrah itu memang pahit di awal, tetapi manis di hujungnya. Tujuan aku cuma satu...untuk membantu menaikkan taraf ekonomi umat Islam.
Ramai yang lantang melaungkan kempen BMF, tetapi dalam diam mereka tetap menyokong syarikat bukan Muslim, terutamanya dalam bab emas. Padahal syarikat Muslim pun ada, contohnya #KABGold yang 100% dimiliki Bumiputera Islam, patuh syariah dan dipandu oleh syariah, malah menjadi syarikat Islam pertama menggunakan model perniagaan referral link. Mereka juga trendsetter yang diikuti oleh syarikat lain.
Yang paling menyedihkan hati aku ialah apabila masih ramai kawan dan ahli keluarga simpan emas di syarikat bukan Muslim. Aku perhatikan banyak syarikat, bila nak dapat Sijil Patuh Syariah (tidak tertakluk kepada Emas saja), present bukan main cantik. Tapi bila dah implement, ada sahaja yang cuba “corner”. Bila ditegur, modalnya, “Kami ada sijil patuh syariah dari si polan dan si polan.” Yang jahil akan terus percaya, yang bijak akan menilai.
Agaknya bila sebut BMF, orang ingat cuma beli ikan, ayam, daging, sayur, belacan, minyak, gula, tepung semua tu. Tapi bila beli emas, tiba-tiba BMF jadi tak penting.
Aku sendiri dah lama cuba beralih kepada produk Muslim dalam kehidupan seharian. Ada orang kata, “Barang kedai orang Islam biasanya mahal sikit.” Aku jawab, “Tak apa la mahal sikit pun..kita beli dengan mereka. Nanti secara tak langsung kita bantu naikkan ekonomi orang Islam. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?”
Aku berdoa setiap hari agar Allah bukakan pintu hati mereka ini untuk berhijrah ke KAB Gold.
Jom kita sama-sama doakan agar lebih ramai orang Islam berhijrah ke KAB Gold dan syarikat ini berjaya setanding bahkan mengatasi syarikat bukan Muslim.
KAB Gold bayar zakat emas, kita pun bayar zakat emas. Andai emas kita belum cukup nisab atau haul, bila KAB Gold bayar zakat, kita juga dapat saham pahala.
Hijrah itu memang pahit di awal, tetapi manis di hujungnya dan hasilnya bukan sahaja membantu diri sendiri, tetapi juga mengangkat ekonomi ummah.
Maafkan aku, bab #bmf ni aku memang agak tegas.
#PejuangEkonomiUmmah
#GoldenCircleSistaEmas
#TerusBerjuang
#PatuhSyariah
#PenuliseMAS
#JomHijrah
#bmf