Saturday, October 5, 2024

Beli Rumah vs Beli Emas


Sebagai Penyimpan & Pembimbing Emas, sis kurang setuju dengan Diana ni. Apapun, ikut suka dia la nak beli rumah ke tak. Duit dia. Bukan duit sis. Tapi, sebelum korang terpengaruh dengan Diana ni (al-maklum artis ni kalau buat apa pun ramai orang suka ikut), apa kata korang baca dulu apa yang aku nak kata, pastu korang fikir & buat la decision dengan bijak.

Dulu, aku pun ingat tak nak beli rumah banyak-banyak. Cukup la ada satu je untuk tempat aku berteduh. Malas nak pening hadap perangai tenant. Atas nasihat husband, ada peluang boleh beli rumah low-cost beli je. Ok beli. Cukup la. Pastu bila anak-anak dah besar, kami pun suruh anak-anak apply rumah low-cost. Ada juga offer kat family & kawan-kawan tapi semua tak nak. Al-maklum, rumah low-cost kan...tak capai standard dia orang. Gasak la. Kita beli rumah bukan nak ikut orang. Kita sedar kat mana kemampuan kita. Rumah pun makin lama makin mahal. Nak beli rumah teres lain memang tak mampu dah kalau kat area KL ni. Dulu sis pun macam Diana, nak simpan emas & duit je. Tapi sedar-sedar, eh! Terbeli pulak rumah lagi. 😂

Emas & hartanah ni kedua-duanya memang mahal sekarang ni. 

Kalau sekarang ni dengan bermodalkan setengah juta, bak kata Diana hanya dapat beli rumah saiz kotak (area KL). Modal yang sama ni pada 20 tahun lepas mungkin boleh beli rumah saiz padang bola la kot. Bayangkan pulak lagi 20 tahun akan datang. Setengah juta tu saiz apa la agaknya rumah itu nanti ye?

Begitu juga dengan emas. Dengan bermodalkan setengah juta sekarang, boleh dapat Emas 1kg++. Tapi, dengan modal yang sama pada 20 tahun lepas, mungkin boleh beli emas 10 kilo++ rasanya. Bayangkan pulak, 20 tahun akan datang. Setengah juta tu mungkin dapat beli emas less than 1kg je.

Nilai duit kita semakin kecil. Itu la sebabnya nilai emas & rumah pun makin naik.

Apa yang membezakan emas dengan rumah ialah emas boleh dibeli dengan modal yang kecil berbanding beli rumah. Emas juga mudah untuk dicairkan berbanding rumah. Beli emas tak perlu buat pembiayaan bank tapi beli rumah kebiasaannya memang perlu pembiayaan bank.

Emas berfungsi sebagai penyimpan nilai & tidak menghasilkan passive income. Biasanya orang simpan emas & jual apabila harganya meningkat. 

Rumah ni, selain dijadikan tempat tinggal ia juga merupakan asset pelaburan. At least kita beli sebiji rumah untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, tak perlu la kita hanya menyewa sehingga kita ditalkinkan. 

Kalau kita ada emas, proses jual beli emas sangat cepat & tidak melibatkan banyak procedure. Berbeza, jika kita nak jual rumah yang perlukan banyak masa & proses, lagi-lagi kalau rumah itu masih ada hutang dengan bank. Ambik masa berbulan-bulan. Makan tahun pun ada. Lagi merumitkan bila dalam proses penjualan tu, berlaku pulak kematian. 

Sis pernah lalui sendiri proses jualbeli rumah ni. Pernah juga uruskan proses jualbeli rumah kawan-kawan sis. Bukan kata proses jual je yang hassle. Bila dah buat full settlement pun, prosesnya lambat. Tapi, yang ni sis tak pasti sangat la. Adakah semua bank begitu atau bank tempat sis buat loan je yang memang slow. 

Dari segi maintenance cost pulak, emas lebih mudah berbanding rumah. Cuma, emas perlu disimpan di tempat yang selamat. Manakala, maintenance cost bagi rumah ni banyak seperti cukai tanah, cukai pintu, insurance, kos repair dsb. Kalau tak bayar cukai nanti rumah boleh kena lelong.

Pendekata, emas lebih mudah disimpan & diselenggara berbanding rumah.

Manakala, dari sudut risiko pulak, emas berisiko untuk hilang atau dicuri jika tidak disimpan di tempat yang selamat. Simpanan dalam peti simpanan atau bank adalah langkah terbaik. Nak simpan dalam Akaun Emas pun boleh tapi jangan la simpan semua. Sebaiknya, kena ada sedikit emas fizikal di tangan.

Bereza dengan rumah. Ia tidak akan hilang secara fizikal, tetapi boleh rosak akibat bencana alam, kebakaran atau kemerosotan harga pasaran.

Dari segi hasil, Emas memang tidak menghasilkan pendapatan bulanan kerana emas merupakan simpanan jangka panjang. Ianya hanya boleh diperolehi pulangan apabila menjual emas pada harga yang lebih tinggi.

Sementara rumah pula boleh disewakan atau dijadikan homestay untuk mendapatkan hasil & menjadikannya asset yang boleh menghasilkan keuntungan bulanan jika kena caranya.

Kita tengok dari sudut perundangan pulak. Bagi emas, tiada undang-undang khusus yang mengawal selia pembelian atau penjualan kerana ia dianggap sebagai komoditi biasa.

Bagi rumah, ia tertakluk kepada pelbagai undang-undang, termasuk undang-undang tanah & pemilikan serta proses jual beli yang dikawal oleh akta tertentu.

Olehkerana itu, scam emas lebih mudah dilakukan berbanding scam hartanah. Scam dalam pelaburan emas biasanya melibatkan emas leverage atau skim pulangan bulanan yang tidak realistic. Sometimes, ada juga emas yang dijual pada harga yang murah tetapi tidak dihantar kepada pembeli. Bahaya simpan emas bila tidak ada ilmu. Mudah kena tipu.

Scam hartanah ni jarang berlaku & biasanya ia melibatkan penjualan rumah pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, tetapi pembeli tidak menerima rumah tersebut atau hartanah itu tidak wujud. Sama seperti emas, bagi orang yang suka membeli hartanah pun kena ada ilmu. 

Disamping simpan emas, kita juga boleh menjana pendapatan. Sekarang ni banyak syarikat emas menggunakan business model system referral. Cari syarikat yang menawarkan pendaftaran PERCUMA. Malah, ada cara untuk menjadi dealer emas tanpa modal besar dengan hanya mencari pembeli.

Kita juga boleh jadi agent hartanah tapi ia lebih kompleks kerana memerlukan proses undang-undang, lesen & latihan profesional yang diiktiraf. Proses ini lebih panjang & terikat dengan peraturan tertentu.

Nak simpan emas? Nak bina passive income dengan emas? Jom! Join saya. Info lanjut di LP sis 💕 

Boleh daftar di sini 

Nak beli emas kena hari-hari tengok harga. Nak beli rumah setakat ni tak ada lagi orang tengok harga hari-hari 😄

Emas adalah asset.
Rumah juga adalah asset.
Kesimpulannya, dua-dua adalah asset yang perlu ada dalam portfolio kewangan kita. Pepatah orang putih kata "don't put your eggs in one basket". So, Diana...jangan la beli emas aje. Beli la rumah jugak. Nak tau juga Diana beli emas apa? Dengan siapa? Dekat mana? Teringin gak nak bimbing Diana ni simpan emas. 🥰

Pada sis business emas paling mudah.
Beli emas dapat emas. Jual emas dapat duit. Dah simpan emas, ajak pulak orang lain simpan emas. Sesuatu yang mulia sis kira kerana perbuatan mengajak orang lain simpan emas adalah sesuatu yang mulia. Paling best & mudah, boleh beli emas serendah 0.25 gram. Tak ada la burden. Simpan sikit-sikit lama banyak & nilai pun meningkat. Bila emas dah banyak, maka jangan lupa untuk bayar zakat. 

Alhamdulillah, bertambah kaya orang Islam nanti bila ramai yang bayar zakat emas.

Meh! Sis bantu korang simpan emas dengan cara yang betul yang boleh menjana passive income. Roger sis sekarang di WhatsApp 

#PembimbingEmasPalingSweet
#FarahAbdullah