Sunday, May 19, 2024

5 Cara Bijak Guna Akaun 3 KWSP


Jangan ghairah untuk keluarkan duit KWSP.


Saya kongsikan 5 CARA  BIJAK GUNA AKAUN 3 KWSP dari posting asal Dr Azizul yang telah saya edit a little bit.

Bab pengeluaran duit KWSP ini sejak zaman Covid lagi telah ditulis oleh Dr Azizul & pakar-pakar kewangan lain.

Kita dah ada I-Lestari, I-Sinar, I-Citra & Pengeluaran Khas menjadikan pengeluaran sejak pandemik adalah RM155 Billion!

Simpanan dana KWSP bagi kaum bumiputera juga amat membimbangkan. Seramai 6.62 juta ahli atau 52% daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Daripada bilangan tersebut, 4.99 juta ahli atau 75% adalah ahli bumiputera.

Terdapat seramai 3.2 juta ahli berumur di bawah 55 tahun yang berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000 iaitu 2.58 juta ahli atau 81% daripada mereka adalah ahli bumiputera.

Ahli bumiputera iaitu seramai 8.22 juta orang adalah merupakan 64% daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.

Baki KWSP kaum Melayu hanya RM5,529 selepas 4 kali pengeluaran.

Kawan-kawan,
Benar, duit kita, maka ikut suka kitalah nak belanja macamana pun.

Bila ada yang nasihat, jangan keluarkan jika tidak perlu, nanti akan ada yang cepat terluka & berkata "kau boleh la...kau senang, kau ada banyak duit". "Kalau tak ambik sekarang, belum tentu aku sempat merasa nanti"

Maka, Dr Azizul pun senaraikan jika nak keluarkan juga sebab 'duit anda hak anda', lakukan ini sahaja buat duit yang akan dikeluarkan nanti. (Sila rujuk poster).

Selain itu, Dr Azizul berpandangan sebaiknya tinggalkan sahaja duit dalam KWSP. [Ini la yang saya buat kerana pada saya jika saya mati & tak sempat merasa duit itu, saya kan ada anak-anak].

Kadar pulangan dividen yang KWSP berikan selama ini juga baik & sihat.

Mati itu pasti, tetapi bersara & tua tanpa duit itu lebih terluka nanti. Percayalah! Kita tak tau bila kita akan mati. Jadi, rancang la kewangan dengan bijak.

Bagi yang nak simpan emas hasil dari pengeluaran KWSP, boleh la roger saya. Saya memang dah buat. Ingat tak satu ketika KWSP benarkan pengeluaran RM10k? Solid RM10k saya tukarkan dalam bentuk Emas. Sikit pun saya tak belanjakan.

Sedih, bila lihat kawan-kawan yang keluarkan KWSP tukar handphone baru, beli motor baru, pergi travel dsb. Bila ajak simpan emas, tak ada duit, nanti la dulu. Betul-betul sedih.

✨Ingat Emas Segalanya di KAB Gold ✨

Click Sini untuk Info Lanjut Tentang Emas KAB Gold.

Click Sini untuk ikuti saya di platform lain.

#PembimbingEmasPalingSweet
#BijakUrusWang
#CelikEmas
#KABGold

Saturday, May 11, 2024

Bengkel Buat Duit Dengan KAB Gold

Hari ini, 11 May 2024, berpagian di Bengkel Buat Duit Dengan KAB Gold bersama CEO-nya di pejabat KAB Goldynamics Sdn Bhd, KL Traders, Gombak. 


Alhamdulillah, kami Wakil Jualan (Group Leaders) yang aktif from best of the best & has the right attitude telah terpilih untuk ke program ini.

Banyak modul yang dikongsi oleh CEO KAB Gold bagi merancang strategi & membina empayar dengan lebih berkesan. 

Ini la sebahagian dari Wakil Jualan Empire aku. AAA Empire. Empire yang terbesar & paling aktif di KAB Gold.


Nak berjaya memang kena rajin belajar & berada dalam circle yang benar lagi betul, bersesuaian dengan moto KAB Gold iaitu Knowledge, Asset, Bullion. Jika nak berjaya jangan berkira untuk invest.


Siapa nak simpan emas & jana passive income bersama KAB Gold? Roger je sis. Simpan emas dapat emas. Kalau tak nak jana income pun kita tak paksa. Tapi, kata orang tu dah alang-alang simpan emas tu kita simpan la kat company yang bagi incentive dari pembelian sendiri. Ilmu dapat incentive pun dapat.


Ingat! Kita "Kejar Impian Bukan Pujian". Buat dengan betul, buat dengan sabar, buat sampai jadi, insya-Allah berjaya. Trust the process kerana hasil tidak akan mengkhianati usaha.

Seperti biasa, bila aku pergi KAB Gold pasti akan ada emas fizikal yang nak di collect untuk anak-anak emasku & diri sendiri. Ini la KAB Gold...beli emas dapat emas. Emas KAB Gold bukan emas bunian. 


Separuh dari ilmu yang diajarkan itu sebenarnya telahpun aku perolehi dari kursus Takaful. Kenapa la aku tak amakan dari dulu? Tapi, tidak mengapa. Tidak Ada istilah terlewat untuk berjaya. 


I love KAB Gold. Aku nak fly high bersama KAB Gold. Aku happy sangat bila dapat bantu orang simpan emas. Kalau bukan Kita yang support company orang Islam ni, kita nak harap siapa yang support? Fikir-fikirkan la.

Jom! Simpan emas & jana passive income bersama KAB Gold. Fly high with KAB. Click here to register  Absolutely free. Tapi, jika korang register dengan membuat pembelian minimum 1g, ada hadiah misteri untuk korang. Aku janji yang hadiah itu bukan yang biasa-biasa.


Korang boleh ikuti aku di platform lain.


✨ Ingat Emas Segalanya Di KAB Gold ✨ 

 

#pembimbingemaspalingsweet

#achievethedream

#positiveattitude

#KABGold

Sunday, May 5, 2024

Raya 2024

Eh! Lama betul tak update blog. 

Raya tahun ni tak banyak ambik gambar. Entah la, rasa macam tak ada mood pulak. Dah nak mati agaknya. 🤭



Mungkin sebab dah penat sangat. Tahun ni aku raya kat rumah sendiri dulu di KL sebab anak No. 2 tu kena stand-by. Jadi, dia tak dapat nak ikut balik kampung. Takkan aku nak tinggalkan dia seorang diri kat rumah tanpa makanan raya. Jadinya, terpaksa la aku bersilat kat dapur rumah sendiri tahun ni.

Plan nak gerak balik Muar lepas solat raya. Mana maunya. Tunggu pekerja husband datang rumah dulu. Lepas tu husband aku nak hantar makanan kat kawan dia yang beraya keseorangan. Kawan yang selalu tolong jaga & bersihkan kebun dia. Lepas tu beraya kat rumah jiran dulu. Kesudahnya pukul 12 lebih juga baru gerak dari rumah.

Ingatkan balik time 1st raya tu tak jem. Waduh! Jem juga weh. Bila dah masuk Melaka tiba-tiba husband aku tanya "lemang ada bawak tak?" Hah! Lemang? Aku siapkan untuk bawak balik cuma ketupat & lauk-lauk yang aku masak je (rendang ayam, rendang daging, sambal kacang, sambal goreng jawa). Anak sulung aku pulak cakap "ayah tak cakap pun bawak lemang".

Ah! Sudah...terdiam kejap husband aku. Ye la dia beli lemang tu bukan sikit. Dia sanggup pergi ke Kemensah nak beli lemang yang sedap Tu untuk bawa balik Muar. Masa tu otak aku ligat berfikir. Yes! Terus call kawan aku sebab aku teringat last year dia Raya Muar dulu, pasti tahun ni dia Raya KL dulu cuma tak pasti dia dah gerak balik Muar atau belum sebab dah petang. 

Memang nak dijadikan rezeki, dia baru je nak gerak balik Muar. Dan, dia dengan berbesar hati pergi kat rumah aku ambik lemang tu. Thank you Ain. LUSM.

Raya tahun ni kami berkumpul kat rumah adik aku yang No. 4. Kawasan rumah mak aku sempit. Dia kata payah anak-anak balik nak parking kereta. Tahun depan rasa macam nak ajak dia raya kat KL pulak lah. Tak payah aku nak tempuh jem. 😬 Depa datang sini confirm tak jem.



Disebabkan balik raya tak lama, sempat la Berjaya rumah kawan-kawan & saudara-mara. Aku ni sebenarnya dah tak ramai saudara-mara. Ramai dah meninggal. Mana yang kaya-raya depa bukan kisah pun kami yang tak berapa kaya ni. Ini reality ye! Beraya rumah saudara-mara memang tak ada ambik gambar tahun ni.

Tahun ni Pak Usu aku menyambut seruan kerajaan dengan menghidangkan ubi kayu 😅😅😅. Masa nak pergi rumah Pak Usu aku ni best sebab dalam hati aku cakap "kalau pergi rumah Pak Usu ada bihun, best ni". Sekali betul-betul ada. Alhamdulillah.


Begitu la kisah Raya tahun 2024. Memang kurang menarik sikit. Tapi, nak tulis gak kat blog untuk dijadikan kenangan. Nanti aku tulis lagi. Ni kisah dari 1 syawal - 5 syawal je. Raya kan sebulan 😄.

Ikuti aku di platform lain di linktree 



#usahawantakaful
#usahawanemas
#roadtojannah